PERMATA UTeM
Utama
Dasar Privasi

Dasar Privasi

Kemas kini terakhir: 24 Oktober 2025

Universiti Teknikal Malaysia Melaka ("kami", "kita", atau "persatuan") menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda.

1. Pengumpulan Data Peribadi

Data peribadi yang dikumpulkan oleh PERMATA UTeM mungkin merangkumi (tetapi tidak terhad kepada) nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor matrik, alamat e-mel, nombor telefon, dan maklumat akademik anda semasa anda mendaftar sebagai ahli, menyertai program anjuran kami, atau berhubung dengan kami melalui mana-mana saluran komunikasi.

2. Tujuan Penggunaan Data

Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk tujuan berikut:

  • Menguruskan pendaftaran dan status keahlian anda.
  • Memudahkan perhubungan dan penyampaian maklumat mengenai program atau aktiviti persatuan.
  • Menyelaras bantuan kebajikan dan hal ehwal mahasiswa Terengganu di UTeM.
  • Menyimpan rekod (database) ahli untuk kegunaan pengurusan dalaman PERMATA UTeM sahaja.

3. Keselamatan dan Pendedahan

Semua data peribadi yang diberikan adalah sulit dan dijaga mengikut tatacara standard keselamatan maklumat. Kami tidak akan menjual, menyewa, atau mendedahkan data anda kepada pihak ketiga (selain daripada urusan rasmi bersama pihak universiti atau agensi kerajaan yang berkaitan) tanpa kebenaran anda terlebih dahulu.

4. Hak Anda

Anda mempunyai hak untuk memohon akses kepada data peribadi anda, membetulkan maklumat yang tidak tepat, atau memohon untuk mengeluarkan data anda daripada rekod kami dengan menghubungi Setiausaha Agung PERMATA UTeM.


Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang Dasar Privasi ini, sila hubungi kami.